Sunday, March 3, 2013

JUMPA 'DIA' DI HOSPITAL

tidak!!! ini dah merosak kan reputasi aku! tadi, aku dan ayah aku bawa umi aku ke hospital untuk check jumpa doktor, masa tengah tunggu nombor giliran dipanggil, aku asyik ushar seorang budak lelaki ni.. ensem tahap! mata menggoda. dia pakai baju belang putih dan hijau. malangnya, aku tidak nampak sangat kerna tidak pakai spect. dia pun beralih pandang aku. bila perhati elok-elok, rupa-rupanya.. dia ialah.. **** dari sekolah aku!! ahhh!!! aku tengok cara pemakaian aku. ah! mesti dia bakal gitau yg lain. dah lah dulu aku dengan dia pernah perli antara satu sama lain. ini jadi kes tikam.. malu nak balik sekolah nanti... HELP ME!!!

Saturday, March 2, 2013

PIKAT KE?

Tadi pergi lawat kawan baik di MRSM, rupa-rupanya mamat tu pun ada sekali. semalam aku kena reject ngan dia tapi ari ni dia galok pula tiba-tiba. masa aku tengah jalan dengan kawan, tiba-tiba dia ajak aku jalan berdua dengan dia.dia kata dia dah x sanggup budak MRSM tu kacau dia lagi. masa aku sedang sembang dengan dia, aku kata aku ngantuk, dia tepuk paha dia. suruh aku tidur atas paha dia. GATAL!!! masa balik pula, dia suruh kawan aku tu ambil gambar dengan dia. katanya sweet couple kami berdua. nasib baik ang tu ensem, kalau x, aku tembak lama dah..huh!!! tu lah, ensem sangat sampai x payah cari penpuan, penpuan yang cari dia tapi kalau aku, bukan main nak pikat. ehehe.. x dapat- dapat. geram lah tu.. hoh0!! jual mahal!

Friday, March 1, 2013

MAKAN MALAM DI POHON'S KITCHEN

HAHAHAHA!! x leh belah.. makan banyak tahap tadi.. kenyang2.. pasta satu, mash potato satu pinggan. kenyang tahap dong.. angkut pula Qina punya chicken chop..ehehe.. masa baru aje nak balik dari Pohon  Kitchen, x sengaja ternampak crush masa form 1 dari smkgc dulu.. ensem tahap!! makin tinggi orangnya..fuhh.. terkejut mak aih tengok muka dia.. ensem.. nak tegur tapi x berani. mungkin dia x kenal aku kut. huhu.. dah lah parents dia ada sekali. rugi2.. huhu. lau x bleh minta nombor. galak giler aku ni..eheheh

KEMBALI DI HATI 2


“awak dah giler!!” aku terus bangkit dari kerusi lalu bergegas beredar dari studio. Aku tinggalkan ricky keseorangan di studio. Semasa aku membawa kereta, aku dapat bayangan beberapa vision. Aku tak pasti apa yang berlaku pada diri aku tetapi kepala aku memang sakit. Rasa macam kena shock.. aku dapat lihat ayah aku dan ricky sedang senyum bersama. Kami bertiga gelak lalu darah berlumuran disetiap tempat. Hanya itu yang aku Nampak… “BOOM!!!”
“cik..cik.. bangunlah..cik??” aku dapat melihat seorang lelaki sedang memanggil aku. pandangan aku tidak jelas dan akhirnya aku hanya Nampak dinding hitam di sekeliling aku..

Aku membuka mata dan cahaya terang menyinari mata aku. aku memandang kearah tepi dan seorang lelaki yang aku tidak kenali duduk disebelah aku. dia hanya senyum kearah aku.

“saya di mana?? siapa awak?” Tanya aku.
“awak ada dihospital. Awak kemalangan dua hari yang lepas.”
“urmm..mana mak saya?”
“dia pergi solat sekejap. Dia suruh saya teman awak.”
“pergi panggil mak saya!! Kalau tak saya panggil.” Aku cuba bangkit dari katil tetapi badan aku amat lemah. Aku susah untuk bernafas.
“jangan..” dia terus bangkit lalu tolong baringkan aku.
“awak siapa??”
“saya zack, saya yang hantar awak ke hospital. Awak x ingat saya ke? Kita pernah rapat semasa zaman sekolah dulu.”
“tak..saya tak kenal sesiapa pun yang bernama zack.”
“umm.. mungkin awak dah lama x kenal saya.” Dia hanya senyum kepada aku. tiba2 pintu bilik dibuka. Dan mak aku sedang senyum memandang aku.
“dah sedar?!?!” suara mak aku kedengaran riang pabila melihat aku sedar.
“umm.. mak! Bila boleh naquiah balik?” Tanya aku.
“esok lah.. naquiah rehat dulu.” Jawab mak aku.
“tapi!! Naquiah nak balik sekarang! Sekarang! Dah lama naquiah ada kat sini.”
“umm..mak cuba bincang dengan doctor dulu ekk?”
“pastikan cepat!” jerit aku.
“janganlah jerit macam tu. Kesian mak tu.”
“amboi! Kau siapa nak arah aku!!”
“aku abg kamu!” jawab zack dengan muka bengis. Aish! Mamat ni menakutkan juga..
Aku terus mendiamkan diri..

Akhirnya! Tiba juga dirumah.. home sweet home! But I still want to go back to LA! Walaupun seronok pulang kerumah,malangnya.. mamat Zack ni ikut sekali. Mak aku jemput dia..aish..

“mak masuk dulu ye.” Kata mak aku kepada zack.
“ye mak.” Jawab zack.
Gatalnya panggil mak aku ‘mak’.huh.. dia kemudiannya meletakkan tanganya disekeliling bahu aku.
“nampaknya,abang kena bawa naquiah pergi mall lah kn?”
Eh? Mamat ni ajak aku ke mall.. ada chance lah ny..huhu. aku nak seksa dia sikit.
“owh,boleh juga abg. Bagus cadangan abg.. ke mana?”
“mana lagi? BBKLCC lah.” jawabnya dengan mengankat bulu kening kearah aku. aku hanya tersenyum malu.
“umm..tapi tak pelah, naquiah nak rehat dulu.” Kata aku.
“owh..ok. jumpa nanti.” Zack senyum kepada ku sambil jalan kearah keretanya..  aku hanya melihat dia berlalu pergi.

Baring diatas katil sambil melihat siling. Bukan ada pew2 pun. Nak keluar tapi kepala masih pening. Huhu. Masih teringat vision yang aku dapat.. kenapa dengan aku? apa yang aku Nampak tu. Aku terus bangkit dari katil lalu menelefon seseorang yang mungkin tahu sejarah aku.


“terima kasih kerana datang. Memang saya perlukan bantuan awak.” kata aku kepada Qina.
“no prob naquiah, jadi.. awak memang tak ingat pew2 ke?” Tanya qina.
“memang saya tak ingat qina. Otak saya memang dh ‘kong’. Jawab aku.
“owh.. kisah ayah? Abang?” Tanya qina. Pabila dia sebut sahaja ‘abang’. Aku teringat ricky.
“ricky..” sebut aku.
“ye?” Tanya Qina.
“tak de pe pun, kawan saya.”
“owh..umm.. macam nil ah. Bila awak balik LA?”
“5hari lagi.. kenapa?”
“umm.. sempat kut kalau kita pergi melawat rumah lama awak.”
“huh? Rumah lama?seingat saya, saya tak de rumah lama.”
“eh? Awak ade lah.nanti saya bawa,k. saya kena balik dulu.”
“k..terima kasih Qina.” Ucap aku sambil menghadiahkan senyuman kepada Qina.
“kawan baik sanggup berbuat apa2 sahaja untuk kawan baiknya.” Sebut Qina sebelum beredar dari rumah. Aku hanya mengeluh. Perasaan bersalah didalam hati..

Sebaik sahaja aku sembuh, aku kembali ke studio.
“cik aqua! dah ok ke?” Tanya jerry sambil berjalan dengan aku ke pejabat.
Aku terus berhenti berjalan lalu menanggal cermin mata aku dan beralih kearah jerry.
“u are a good boy jerry, just one thing I supposed u do for me.” Kata aku. jerry hanya memandang.
“yes? Pe dia cik?” Tanya jerry.
“don’t spoit my day with u ‘caring attitude’. I hate it.”
Aku terus berjalan ke pejabat. Jerry hanya tercegat.
“padan muka.” Sebut aku. kejam tahap..

“eh?!?! Apa awak buat ni? Belah!” jerit aku pabila Ricky sedang selambe aje duduk dikerusi aku.
“eh? Dah balik ke? Ala.. ayang rindu abang x?” kata ricky sambil membuat muka manja.
“tak de manja2.. keluar sekarang juga.” Arah aku.
“ye..ye. nak keluar lah ni. Tak reti bersabar. Dah masuk hospital pun perangai tetap sama. huh.. baik kalau doctor tu keluarkan sikap panas baran pada kau..kan? baru elok sikit.” Sindir ricky.
Aku dah tak tahan dengan mamat ni. Sejak bila lah dia jadi gatai miang. Parents dia tak ajar ke?
“helo? Saya mencari pengerusi?” suara seseorang menganggu perang ketiga aku dengan ricky.  aku menoleh belakang dan tersentak melihat zack.
“zack?” Tanya aku.
“naquiah?” Tanya zack.
Zack kemudian beralih kearah ricky.
“ricky?!?!?” Tanya dia sambil jalan kearah ricky.
“eh? Zack ke? Lama x jumpa!!” jerit ricky.
“giler kau! Sama macam dulu. Tetap tinggi. Tetap mat saleh noh.” Sebut zack sambil memeluk ricky.
“ang ni dah len. Muka pun makin hensem. Ada gf tak gi?” Tanya ricky.
“great..” sindir aku secara perlahan.
Mereka berdua ni kenal pula. Elok sangat lah. umm.. dah lah cakap pelat kedah.
“umm..woi!!! lau nak buat reunion! Sila keluar dari pejabat saya! K!” jerit aku. mereka berdua terus beralih kearah aku.
“ricky, comelkan dia ni?” kata zack sambil memandang kearah aku. aku tergamam.
“umm.. memang comel pun.” Jawab ricky.
Eh? Kedua mamat ni kenapa.
“ricky.. aku nak beritahu something ni.” Kata zack..
“aku..”
“aku ni boyfriend dia!!!”
tidak sempat zack untuk berkata aku terus menyampuk.
“eh..ye?” Tanya zack.
“mesti lah abang.. kan naquiah sayang abang.” Kata aku sambil memegang bahu zack dan jeling kearah ricky.
“owh? Love birds? Umm..tahniah.” ucap ricky.
“umm.. kami sepadankan? Comel giler kami. kan rick?”Tanya aku.
“ye.. memang comel.’ Jawab ricky.
“takpelah,saya ada kerja sikit. Nanti kita jumpa lain.” Kata ricky.
“ye..” jawab zack.
Sebelum ricky keluar dari pejabat, sempat lagi dia berbisik kepada telinga aku.
“aku tahu kamu siapa. Kamu adik aku.. dan sentiasa jadi gf aku. walaupun kau tak sedar. Aku sayang kau. Dan sekarang, aku hanya ucap tahniah. Dari kita sekolah lagi memang aku tahu zack lah yang dapat. Aku dah dapat banyak. Biarlah dia dapat kau.” Kata ricky lalu keluar.

“dia kata pe tadi?” Tanya zack.
“umm.. Cuma dia kata berhati-hati dengan abang.”
“owh..memang patut pun.”
Aku menelan air liur aku pabila melihat melihat situasi aku. aku ni siapa??


Sudah 2 hari aku berseronok dengan zack. dia memang seorang lelaki yang sweet. Baik giler pula tu.
“cerita ni best kan?” Tanya zack sebaik sahaja kami keluar dari pawagam.
“memang best! Romantic pula tu.” Senyum aku.
“hahah..abang sayang naquiah.” Kata zack memandang tepat kepada aku.
“ye.. naquiah pun sayang abang.” Kata aku.
Hubungan kami makin baik tetapi aku dapat rasa something missing. Aku tak pasti ape. Tetapi ‘benda’ tu lah yang perlukan jadikan semuanya perfect.

Aku hanya duduk didalam booth seseorang. Aku hanya tersenyum pabila teringat kenangan aku disini bersama ricky. dia memang lelaki yang aku impikan. Kemungkinan aku perlukannya..tetapi…
“naquiah? Buat pe disini?”
Aku menoleh belakang dan hanya tersenyum melihat zack.
“zack.. abang buat apa disini?”
“abang pergi rumah naquiah,naquiah tak de, abang rasa naquiah ade disini. Memang betul pun.” Kata zack.
“abang..kita perlu berbincang.”
Zack mendekati aku lalu duduk ditepi aku.
“kenapa naquiah?”
“beberapa hari kita bersama ni. Naquiah tak rasa apa2 pun. Naquiah minta maaf. Naquiah tak cintakan abang.. naquiah cinta seseorang lain.” Kata aku.
“owh..” sebut zack.
“naquiah minta maaf, kita tak patut lalui semua ni.”
“umm.. abang balik dulu.” Zack terus beredar. Aku pula menahan sedih aku.


Aku pulang kerumah lalu menelefon ricky. dia tak jawab. Dia memang dah tak nak jumpa aku. aku menangis teringat akan dia. Kenapa dengan aku ni?

Beberapa hari sudah berlalu. Lagi 2 hari aku akan pulang ke LA. Ricky pun tak jawab-jawab call aku. aku pun decided untuk menghilangkan stress lalu pergi ke mall. satu-satunya tempat.

Dalam perjalanan pulang dari mall, aku ternampak kasut Vincci yang cantik. Aku pun lari ke kedai tersebut. target terus kepada kasut tersebut. nothing yang dapat menghalang aku. aku terus menolak mak cik-makcik yang hendak memegang kasut tersebut.
“its mine!!”  jerit aku.
“hey! its mine!” seorang perempuan tua beberapa tahun dari aku menjerit kepada aku.
“no! its mine!” jawab aku.
“ia saya yang punya! Saya yang ambil dulu.”
“awak tak pegang pun tadi. Awak letakkan balik!” jawab aku.
“saya letak sebab saya sedang tengok kasut yang lain!”
“tak boleh! Dia tetap saya punya!”
“no! its mine!!” 
Kami berdua berebut kasut tersebut didalam kedai tersebut. semua orang memadang. Aku terus menolaknya. Dia terjatuh.
“hahaha!!” aku gelak.”
“owww!!” aku menjerit sakit pabila perempuan itu menolak kaki aku hingga jatuh.
“stop!!!!” kami terus berhenti berebut pabila seseorang menjerit supaya berhenti.
“ayang..ayang.. perempuan ni tolak Lena tadi.. sakit tau.” Mengadu perempuan tersebut kepada pemuda itu.
Aku pun bangun dan terkejut melihat perempuan tersebut sedang bermanja sambil memegang lengan ricky.
“rick?” Tanya aku.
“naquiah..”
Air mata aku terus mengalir.. sakitnya hati aku pabila melihat perempuan itu sedang memegang lengan ricky.
Dengan marahnya, aku membaling kasut tersebut kepada ricky lalu lari. aku sudah tak tahan.. dia sudah pun bersama gadis lain. Bodohnya aku..
“naquiah..naquiah!!!” jerit ricky. aku menghindarkan panggilannya lalu lari ke kereta aku. aku tak sanggup untuk memandangnya.


Setibanya dirumah, aku lari ke bilik dan membaling habis kesemua barang aku. aku geram dengannya!!! Bodoh!
“memang aku ni bodoh!!” marah aku.


“qina? Betul ke ni?” Tanya aku.
“betul lah.. masuk lah.”
Lagi beberapa jam aku akan pulang ke LA.. aku mengambil keputusan untuk melawat rumah lama aku sebelum ke LA. Nasib baik Qina nak bawa.
aku masuk kedalam rumah kosong tersebut. tidak ada yang mewah didalam rumah teres ni. Qina kemudian masuk kedalam sebuah bilik kecil ditepi ruang tamu.
“naquiah, ni bilik awak.” ajak qina.
Aku pun masuk kedalam bilik aku itu dan senyum melihat masih ada barang2 lama. Ada beberapa bingkai gambar aku diatas laci.
“dulu, kita suka lepak kat sini. Memang bising sampai ke pagi. Hhahaha..”
“umm.. qina,, kenapa keluarga aku berpindah?” Tanya aku.
“kamu sebenarnya hanya lah seorang gadis biasa. Tak de apa yang istimewa. Cuma suara awak yang menarik perhatian ramai orang menarik perhatian seorang pengarah studio. Dia selalu jumpa awak dan berbincang awak pasal keinginan awak untuk menjadi seorang penyanyi besar nanti. Dia dan ayah awak memang rapat. Mereka memang kawan baik. Tetapi, dia meninggal dunia kerana asma. dia telah memberi ayah kamu wasiat keatas syarikatnya. Keluarga kamu hidup mewah. Sehinggalah kemalangan itu…” jawab qina.
Aku tergamam..
“kemalangan?”
“ye.. kemalangan tersebut yang membuat keluarga awak pindah ke Kuala Lumpur.”
Vision kemalangan tersebut bermain dalam fikiran aku. air mata aku terus mengalir.
“awak ingat tak abang zack dan abang ricky?” Tanya aku.
“laa.. macam mana aku tak ingat. Mereka lah yang menjaga awak di sekolah dulu.”
“owh..umm..” memang betul kata ricky.. dia memang ada something dengan aku. dia sebahagian daripada family.

Aku sedang seronok melihat sekelilingi rumah dan terkejut melihat seekor tikur lari melepasi kaki aku.
“ahhhhh!!tikus!!” aku menjerit lalu terjatuh keatas sebuah kotak.
Qina tergelak melihat aku.
“la..tikus pun takut?” sindir qina.
“eee..geli tau tak.”
“yelah-yelah..”
Aku beralih memandang kotak tersebut. tertulis diluar kotak tersebut.
“AQUA PUNYER!”
Aku pun membuka kotak tersebut dan mengeluarkan sebuah journal berwarna hitam.
Aku membuka journal tersebut dan tertulis jelas nama aku.
      26/8/2012
“hari ni hari jadi kak jiha, kami berlanja Kenny rogers di queensbay. Wohoo! Mall! shoppin! Semasa aku dan abang ricky baru sahaja pulang dari tandas, kami berdua jalan berdua dan tiba2 sahaja Tangan aku digenggam erat tanganya. Kami berdua jalan sambil memegang tangan. Malu juga aku. first time.huhu.. :-3”
Aku kusyuk membaca diari aku…memang seronok. Banyak pengalam manis dan pahit. Pengalaman yang manis ialah pada..

24/10/2012
“hari yang paling sweet dan kelakar. Semasa bosan tengok tv dengan abang ricky. dia masuk kedalam bilik meninggalkan aku seorang menonton tv. Kemudian dia keluar lalu duduk ditepi aku sambil senyum. Dia terus menarik tangan aku secara tiba-tiba dan sarungkan cincin kedalam jari manis aku. memang takut tahap. Aku baru sahaja berumur 13 tahun. Aku terus menjerit dan menolaknya. Entah kenapa aku jadi panic. Aku kemudian memandangnya dengan wajah malu. Kami berdua gelak. aku memegang erat tangannya. aku gembira dapat lelaki sepertinya. Memang dialah yang paling aku sayang.”
Sweet giler abang ricky. aku tergelak membaca bab tersebut. aku membuka muka surat yang terakhir dan sebak meningkat kedalam diri aku pabila melihat aku sedang seronok dengan ricky ditepi pantai. air mata sudah pun mengalir. Bangun dari kerusi lalu memandang qina.
“aku patut pergi, lagi 4 jam aku kena pulang ke LA. Aku memberi hak kepada Ricky yang dia ambil alih studio jarman di Malaysia. Dan tolong berikannya journal ni.” Suruh aku.
“ye.. saya akan pastikan dia dapat journal ni.” Jawab qina.
“bagus..jom pulang.” Ajak aku. aku mengambil gambar dari journal tersebut lalu menyimpan kedalam purse aku. dan memberi journal tersebut kepada QIna.

“k mak.. nanti naquiah kembali ye. Sayang mak.” Aku bersalam dengan mak aku lalu memeluknya. Keadaan di KLIA riuh rendah.
“jaga-jaga ye di LA.. hari raya nanti kembali lah.” pesan mak aku.
“insyaallah.. we’ll see.”


“assalammualaikum?”
“waalaikummussalam.”
Ricky terkejut dengan kehadiran Qina dihadapan pintu rumahnya.
“abang ricky..”
“qina, lama x jumpa. Kenapa ni?” Tanya ricky.
“naquiah, dia suruh qina beri ni kepada abang.” Jawab qina.
“apa ni?”
“journal dia. Dia harap abang faham.”
“owh..umm..kem salam je pada dia.”
“abang ricky!! dia cintakan abang! Abang tak faham ke?”
“haha..apa maksud qina? Dia kan dah ada abang zack.”
“tak! Semasa dalam perjalanan pulang ke KL, dia kata dia putuskan hubungan dia dengan zack. dia kata dia nak abang ricky je.”
“apa?!”
“ye.. kalau abang tak kisah pasal naquiah. Abang memang tak patut berkawan dengan dia dari awal. Umm.. qina pergi dulu. BTW,dia ada di KLIA sekarang ni.dia nak pulang ke LA.” Qina terus beredar dari rumah..
Ricky membuka journal tersebut dan dia kesian kepada naquiah. Dia tahu naquiah sayangkan dia. Dia pun amat mencintai naquiah. Perasaannya untuk meninggalkan naquiah amat berat.sudah 10 tahun dia menunggu akan gadis tersebut. janjinya perlu ditepati.

Aku menoleh belakang dan tercari-cari dimana ricky. kelibatnya tidak kelihatan. Sememangnya dia sudah tidak kisah tentang aku. aku pun  menunjukkan passport kepada guard tersebut lalu masuk kedalam kapal terbang. Bye Malaysia..bye ricky.. semoga bahagia dengan kekasih mu.

Setibanya di LA..
“hi carly.”aku senyum kearah carly. Bff aku.
“hey aqua..so how was ur day in Malaysia?”
“not so good..”
“tought so..u know what. Forget all about Malaysia. I have good news for u.”
“oh ya?”
“ya..totally. first,lets go home.”
Aku pun masuk kedalam limosin dan pulang ke Beverly Hills.
Setibanya di rumah..
Aku sedang berehat di rumah dan kemudian ketukan di pintu rumah menganggu mood aku.
“jade!! Go get the door!! Jade!” ish.. orang tua ni ke mana pula?
Aku pun jalan ke pintu dan rumah terkejut melihat sejambak bunga rose berada dihadapan pintu.
“umm..” aku pun mengambil bunga tersebut dan membaca kad.
“this is me..you know who. Gonna make ur wish came true. Iloveu!” siapa pula ni.
Aku menoleh belakang dan tersentak pabila melihat ricky  sedang berdiri didepan aku.
“ricky? awak buat apa ni?”Tanya aku.
“saya menunaikan janji dan impian awak.” jawabnya.
Jantung aku berdegup lagu.
Dia mendekati aku lalu melutut satu kaki dan memandang aku. dia kemudiannya mengeluarkan cincinnya dan hulurkan kepada aku. beberapa orang gaji dirumah aku memandang dan senyum.
“naquiah.. saya tahu saya telah melakukan kesalahan besar kepada kamu. Saya janji saya tidak akan lakukan nya lagi. saya betul-betul cintakan awak. no one else. Janji kita 10 tahun dahulu tetap saya tunaikan. Ilove u naquiah.. I love u forever.”kata ricky.
Air mata aku mengalir dengan gembira pabila mendengar ricky sejujurnya meluahkan perasaannya.
“ilove u too..ilove rick!”
“so..here its come”kata ricky sambil menarik nafas.
..ricky keluarkan sebuah kotak cincin dan membuka kotak tersebut. sebuah cincin sedang dihulurkan kepada aku.
“ilove u..so.. naquiah, will u marry me?” Tanya ricky.
Aku tergamam. Apa patut aku buat.. aku memang mencintai nya. Aku membuat keputusan yang tepat! Pasti..
“ye! Saya sudi!” jawab aku.
Ricky terus menyarungkan cincinnya kedalam jari manis aku. carly tiba-tiba lari kearah aku.
“carly?” Tanya aku.
“congratulation..” ucap carly.
“u know all about this?”
“totally. Ricky was my college friends. We know each other very much.”
“owh..thanks.”
“no problem.. I owed u by the way. That drunking girl is no more exist. Im gonna be a good friends. Kata carly.
“iloveu naquiah.” Bisik ricky.
“ilove u too.” Bisik aku balik kepada ricky. kemudian kami berdua gelak. akhirnya, aku dapat juga cinta aku.. and a HUSBAND!

So.. apa yang jadi..
Mesti korang tertanya macam mana boleh ‘naquiah’ boleh terlupa akan semua ini..

SMSKP 2013

hehehe.. hi semua, nak cakap skit pasal sekolah sye 2013 ni.. bagi budak PBS form2 memang dah biasa dengan PBS ttpi seperti biasa, masih serabut kelapa otak ni..huhu..baru bulan 3..bosan lah juga masuk form 2, x macam form 1 dulu. best tahap..kan2??? ehhehe..